05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

“Anak Soleh, Anak Cemerlang”

 1

18 Julai 2017 (Selasa) – Bertemakan “Anak Soleh, Anak cemerlang”, Cawangan Pembangunan Keluarga Islam (PKI), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama KAFA Az-Zubair Ibnul Awwam dan masjid az-Zubair Ibnul Awwam telah mengadakan Seminar Pendidikan Kanak-Kanak Tahun 2017.

Program yang disertai seramai 120 peserta yang terdiri daripada para pelajar tahun enam dan guru-guru KAFA Az-Zubair Ibnul Awwam telah diberikan ceramah motivasi yang bertajuk “Anak Soleh, Anak Cemerlang”. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Yahya Mahyuddin bin Utoh Said. Melalui ceramah motivasi tersebut para pelajar telah diberi pendedahan tentang kepentingan menghayati agama dan kewajipan mentaati perintah agama dan kedua orang tua.

Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah, BPPK JAWI.

 2 3
 4  5
 6  7

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel