05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Turun Padang Ziarah Pesakit HCTM

 
ziarahhtcm1

19 Julai 2017 | 25 Syawal 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menjalankan program Ziarah Dakwah bil Hal kali ini melibatkan Wad Surgeri 1 dan Wad Surgeri 2, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada 18 Julai 2017 (Selasa). Seramai sembilan (9) orang pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah terlibat dalam ziarah kali ini diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah, Ustazah Salasia binti Isdal. Bahagian Pengurusan Dakwah menerusi Unit Kebajikan Islam sentiasa istiqamah melaksanakan Ziarah Dakwah bil Hal ini saban bulan bertujuan merapatkan ukhuwah di antara JAWI dengan bukan sahaja pesakit malahan juga kakitangan yang bertugas di hospital.

 

Rombongan lawatan yang bermula pada jam 10.00 pagi turut menyampaikan goodies bag berisi barangan harian dan bahan bacaan panduan ibadah pesakit di samping memberi khidmat nasihat kepada seramai lebih kurang 60 orang pesakit di kedua-dua wad berkenaan. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar aktiviti Ziarah Dakwah bil Hal ini dapat diterima baik oleh para pesakit terlibat dan mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk pihak hospital sendiri dan juga pihak-pihak swasta dan NGO yang ingin turut sama menyumbang dari segi tenaga mahupun material. 

ziarahhtcm ziarahhtcm2
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel