05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pelajar SMK Seri Bintang Utara Belajar Urus Jenazah

 
bintara3

19 Julai 2017 | 25 Syawal 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara pada 18 Julai 2017 (Selasa). Kursus satu (1) hari tersebut telah melibatkan seramai hampir 200 orang pelajar-pelajar tingkatan tiga (3) sekolah berkenaan. Kursus dimulakan dengan sesi kefahaman dan teori disampaikan oleh Us. Mohd Sharif bin bin Khairul Anuar disudahi dengan sesi praktikal pengurusan jenazah dengan dibantu oleh Us. Mohammad Fauzi bin Abu Seman Ust. Ruzeeta binti Saad dan Ust. Raisah binti Abu Bakar.

Pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar kakitangan serta pelajar-pelajar SMK Seri Bintang Utara yang terlibat dapat memanfaat serta menyebarkan ilmu pengurusan jenazah yang telah dipelajari sekaligus dapat menimbulkan kesedaran sebagai persediaan menghadapi situasi sebenar di saat keluarga dan masyarakat memerlukan. 

bintara bintara1
 bintara2  bintara4

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel