05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Santuni Remaja dan Penduduk PPR Seri Semarak, Setapak

 

 RemajaZiarahPPR1

13 Mei 2017 | 16 Syaaban 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Program Remaja dan Ziarah Silaturahim Komuniti Di PPR Seri Semarak, Setapak, Kuala Lumpur pada 13 Mei 2017 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam.

Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang program tersebut berlangsung. Program remaja telah dimulakan dengan ceramah bertajuk "Hati-hati Ada Yang Memerhati" dan disampaikan oleh Ustazah Siti Norjihan binti Saleh @ Md Ghazali. Slot kedua iaitu Program Terapi untuk Kanak-kanak dan Dewasa diteruskan sebelum majlis berhenti rehat pada jam 1 tengah hari.

Acara pada sesi petang dimulakan dengan ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Yusri Hafiz bin Yusoff dengan tajuk yang menarik "Don't Touch Me". Seterusnya majlis perasmian telah berlangsung pada jam 3.30 petang dan disempurnakan oleh YB Dato' Ahmad Fauzi bin Haji Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa. Turut hadir YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI, Encik Mohd Hafizrullah Nakibullah, Pengerusi Penduduk PPR Seri Semarak, Tuan Haji Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI serta pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Acara ziarah telah berlangsung pada jam 5.00 hingga 6.30 petang dan telah berjaya mengunjungi 50 buah rumah penduduk meliputi Blok B,C,D,E dan F dengan tujuan untuk menziarahi dan menyampaikan sumbangan.

Pada sebelah malam pula, Ceramah Perdana dengan tajuk "Silaturahim Asas kekutan Ummah" telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Fauzi bin Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Universiti Malaya.

Program sehari tersebut telah berjaya menarik minat kira-kira 300 orang penduduk PPR Seri Semarak. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan ke kawasan-kawasan lain dalam Wilayah Persekutuan dan membuktikan bahawa JAWI komited dalam melaksanakan misi dakwah yang menyeluruh tanpa mengira latar belakang dan usia serta berusaha gigih ke arah membendung gejala sosial yang kian membimbangkan pada masa kini.

RemajaZiarahPPR2 RemajaZiarahPPR3
 RemajaZiarahPPR3  RemajaZiarahPPR5
 RemajaZiarahPPR7  RemajaZiarahPPR8

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel