05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kerjasama Kursus Praperkahwinan Islam Antara JAWI dan PPUKM Kuala Lumpur

IMG-20170514-WA0038
 13 Mei 2017M / 16 Syaaban 1438H (Sabtu)- Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan kerjasama Kursus Praperkahwinan Islam antara JAWI dan PPUKM Kuala Lumpur. Kursus berkenaan telah diadakan selama dua hari bermula pada 13 Mei 2017 dan 14 Mei 2017 bertempat di Dewan Kuliah 2, Auditorium PPUKM, Cheras Kuala Lumpur.

Program bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi. Kursus selama dua hari ini dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan slot pertama iaitu ceramah bertajuk Aqidah dan Ibadah oleh Ustaz Khairil Khuzairi bin Omar. Diikuti slot kedua dengan ceramah bertajuk AkhlakSuami Isteri & Hubungan Dalam Keluarga oleh Ustaz Mohamad Junaidi bin Mohamad Noor. Seterusnya slot ketiga pada sesi petang slot ketiga pada sesi petang dengan tajuk ceramah Perkahwinan Dalam Islam & ProsedurolehUstazah Marriyani binti Mohamad dan slot keempat dengan tajuk ceramah Pengurusan Kewangan dan Masa & Komunikasi Suami Isteri.

Pada hari kedua slot kelima diteruskan dengan tajuk Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Encik Ahmad Effendi bin Yusoffdan slot keenam dengan tajuk Pengurusan Tekanan dan Konflik oleh Ustaz Abd Nasir bin Abdullah dan diakhiri dengan ceramah bertajuk Perkhidmatan Rundingcara dan Pembubaran PerkahwinanolehUstaz Khairul syraf bin Ahmad. Program ini diteruskan sehingga jam 1.30 tengah hari dan berakhir dengan majlis penyerahan sijil kepada setiap peserta.

Program ini bertujuan untuk membantu remaja dan bakal pengantin yang akan mendirikan rumahtangga sebagai satu persediaan awal dalam menempuh alam rumahtangga yang akan dibina kelak. Diharapkan segala ilmu yang telah diperolehi dapat diambil iktibar dan diaplikasikan dalam kehidupan rumahtangga mereka nanti. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara Jabatan Agama Islam dengan masyarakat setempat. Kursus kali ini disertai seramai 28 orang peserta yang terdiri dari kalangan staf dan pelajar PPUKM.

 IMG-20170514-WA0037 IMG-20170514-WA0045

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan


Cetak   Emel