05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Siri Pemantauan Berkala Pusat Kursus Praperkahwinan Sekitar Kuala Lumpur Dan Putrajaya Siri 6/2017

1
13 Mei 2017M / 16 Syaaban 1438H (Sabtu)- Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan pemantauan ke Pusat-pusat Kursus Praperkahwinan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tujuan pemantauan ini diadakan adalah bagi memastikan syarikat penganjuran kursus mematuhi peraturan dan garis panduan berasaskan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI). Setiap kesalahan dan ketidakpatuhan syarikat penganjuran akan diberikan surat peringatan bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang di masa-masa akan datang.

Pemantauan dari BPPK, JAWI ini diketuai oleh Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan (PPK, BPPK),dan kakitangan bertugas iaitu Encik Mohd Hairolesham bin Misri dan  Encik Wan Zamani bin Wan Deraman.

Pemantau dari BPPK, JAWI mula bergerak  pada jam 9.00 pagi ke Dewan Sri Tanjung, Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin yang terletak di Universiti Malaya Kuala Lumpur bagi memantau kursus praperkahwinan kerjasama antara Syarikat E Tijarah dengan Universiti Malaya. Mereka tiba di lokasi sekitar jam 9.30 pagi. Seterusnya ke Syarikat MFD JANNAH yang terletak di Aras P3 Park & Ride, Putrajaya. Kemudian ke Syarikat Al Shahir Management yang terletak di Kompleks Kejiranan Presint 16, Jalan P16/G, 62150 Putrajaya dan berakhir di  Syarikat Kursus Kahwin WEP yang terletak di Bilik Kuliah Tingkat 1, Jalan P9E, Presint 9, Putrajaya pada jam 2.00 petang.

Semoga pertemuan di antara BPPK, JAWI dan syarikat-syarikat kursus praperkahwinan ini sedikit sebanyakdapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada peserta-peserta kursus kelak.

 2 3
 4  5

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel