05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Penyembelihan Halal JAWI Dengan Kerjasama Madrasah Islamiah HKL

13 Mei 2017 (Sabtu) / 16 Syaaban 1438 - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Penyelidikan dengan kerjasama Madrasah Islamiah Hospital Kuala Lumpur telah mengadakan Kursus Penyembelihan Halal Siri ke-2 bertempat di Madrasah Islamiah HKL Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Peserta kursus terdiri daripada pegawai dan kakitangan Hospital Kuala Lumpur seramai 60 orang. Kursus ini dimulakan dengan amali penyembelihan bermula 8.00 pagi hingga 10.30 pagi yang melibatkan dua ekor kambing dan empat puluh ekor ayam yang dibantu oleh fasilitator daripada JAWI. Tujuan amali dilakukan supaya para peserta kursus diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menyembelih ayam mengikut syarak. seterusnya kursus diteruskan dengan slot ceramah berkenaan konsep penyembelihan dan makanan halalan toyyiba.

Tujuan utama diadakan kursus ini adalah untuk memberi malumat dan pendedahan berkenaan hukum-hakam penyembelihan menurut syarak. Selain itu juga peserta dapat mengetahui isu-isu halal dan memahami tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam mencari yang halal dalam pemakanan.  

 
gambar 1 HKL gambar 2 HKL
 gambar 3 HKL  gambar 4 HKL

Cetak   Emel