05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program 1 Keluarga 1 Hafiz “Huffaz Dicari Syafaat Menanti”

1
13 Mei 2017 (Sabtu) – Cawangan Pembangunan Keluarga Islam,Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur telah mengadakan Program 1 Keluarga 1 Hafiz di Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah, Pondok Kg. Limau Purut Rantau Panjang Kelantan.

Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi dengan acara Pertandingan Perarakan Kontijen Ambang Ramadhan, demontrasi memadam kebakaran oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rantau Panjang, demonstrasi oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan pemeriksaan kesihatan percuma. Kemudian diikuti aktiviti pertandingan bowling kelapa, pertandingan mewarna dan menyulam manik. Manakala di sebelah petang, acara dimulai Majlis Perasmian Program 1 Keluarga 1 Hafiz, pertandingan nasyid dan ceramah perdana yang bertajuk “Kepentingan Menghafaz Al-Quran” pada jam 5.00 petang. Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan cabutan bertuah.

Perasmian telah disempurnakan oleh wakil KPPK, BPPK JAWI iaitu Tuan Hj. Zakaria bin Mohamed pada jam 2.30 petang. Tetamu dan peserta terdiri daripada Jemaah Masjid Ar-Rahimah Kg. Pandan Kuala Lumpur seramai 43 orang, pelajar dari International Universiti Of College Teknologi Twintech Kota Bharu, Kelantan seramai 50 orang dan selebihnya masyarakat Kampung Limau Purut, Kampung Kajang, Kampung Lalang Pepuyu dan Kampung Rahmat daerah Rantau Panjang, Kelantan. Kira-kira kehadiran seramai 350 orang.

Secara keseluruhan, program yang dijalankan ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada semua pihak di samping dapat mengeratkan hubungan ukhwah yang sedia terjalin.

 2 3
 4  5
 6  7

Disediakan Oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel