05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KHUTBAH Y.B MENTERI MENGIMBAU NOSTALGIA SAHABAT RASULULLAH SAW SAIDINA BILAL BIN RABAH

WhatsApp Image 2017-05-15 at 7.07.18 PM


12 Mei,2017 (Jumaat):
Jumaat 16 Syaaban 1438 H pasti telah terukir di dalam lipatan sejarah penduduk Taman Koperasi Polis fasa 1 dan kariah sekitarnya apabila sebuah masjid yang tersergam indah telah dibuka . Anak kariah masjid Bilal bin Rabah turut melahirkan rasa syukur di atas pembukaan masjid baru yang dibina bersebelahan surau Jumaat An Nur yang asal yang terletak di dalam pentadbiran Pusat Zon 2.

Masjid 2 tingkat yang berkapasiti 3500 anak jemaah dibuka kepada jemaah dengan solat dan khutbah yang disampaikan sendiri oleh  Y.B Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Khatib pada hari itu turut mengembalikan nostalgia jemaah apabila sejarah pengislaman Saidina Bilal bin Rabah disentuh. Khatib juga turut meminta jemaah supaya mengambil semangat mempertahankan Islam tanpa mengira corak parti supaya Islam terus dimartabatkan bersesuaian dengan nama Saidina Bilal bin Rabah yang istiqomah di dalam perjuangan Islam.

Diakhir khutbah, khatib turut menyeru supaya jemaah mempelajari ilmu di masjid dengan menghadiri kelas-kelas keagamaan yang dianjurkan oleh Jawatan kuasa masjid.

Turut hadir bersolat Jumaat pertama di masjid tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tan Sri Dato Hj Othman bin Mustapha, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Penaung Masjid Bilal bin Rabah, Datuk Haji Kamaruddin bin Hamzah, Pengerusi Masjid Bilal bin  Rabah,Tuan Haji Abdul Razak bin Hashim, Pegawai Kanan JAWI dan anak kariah Masjid Bilal bin Rabah.

 WhatsApp Image 2017-05-15 at 3.11.38 PM

 

WhatsApp Image 2017-05-15 at 3.11.37 PM 

 WhatsApp Image 2017-05-15 at 7.07.18 PM 1

 WhatsApp Image 2017-05-15 at 7.07.19 PM

 WhatsApp Image 2017-05-15 at 7.07.20 PM 

WhatsApp Image 2017-05-15 at 3.11.39 PM

 WhatsApp Image 2017-05-15 at 3.34.40 PM 2  WhatsApp Image 2017-05-15 at 6.43.03 PM
   

Disediakan Oleh :

PejabatPentadbiran Masjid &Surau

PusatZon 2,

BahagianPengurusan Masjid

JAWI


Cetak   Emel