05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Pengajaran Dan Pembelajaran Ke Arah Meningkatkan Mutu PdPc Guru-Guru Sekolah Rendah Agama

 LD 5
 

5 MEI 2017 / 8 SYA’ABAN 1438H. Sekolah Rendah Agama ( SRA ) di Zon 6 dengan kerjasama Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  telah mengadakan Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran pada 3 Mei 2017 bertempat di Sekolah Rendah Agama ( SRA ) Ibnu Sina, Jalan Bangsar. Bengkel ini dihadiri seramai 28 orang, terdiri daripada 9 orang guru SRA Ibnu Sina, 9 orang guru Al Razi dan 10 orang guru SRA Al-Muhsinin.

Antara objektif bengkel ini  untuk membimbing guru-guru ke arah meningkatkan mutu Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah  serta membentuk kecemerlangan kerja yang cemerlang. Kursus ini telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan dari Unit Perancangan Akademik dan Kurikulum  Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan iaitu Ustazah Nor Asiah binti Harun.

Bengkel seperti ini perlu diteruskan supaya guru-guru dapat bertukar cara pengajaran yang lebih berkesan bagi menjamin pencapaian murid yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

 

LD 1  LD 2 
 LD 3  LD 4

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 


Cetak   Emel