05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Murid SK Taman Melati Diajak Ingat Mati

 
kursusjenmelati

8 Mei 2017 | 11 Sya’aban 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah Perdana bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Melati pada 6 Mei 2017 (Sabtu). Kursus tersebut telah menarik minat seramai 340 orang murid SK Taman Melati bertempat di dewan serbaguna sekolah berkenaan. Kursus yang bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari telah dikendalikan oleh Ustazah Ruzeeta binti Saad & Ustaz Muhammad Shafiq bin Mohd Zaropi dari Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Kursus intensif pengurusan jenazah dimulakan dengan sesi pembelajaran teori sehinggalah ke sesi praktikal pengurusan jenazah. Pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar lebih banyak sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian menganjurkan kursus seumpama ini bagi menjadikan golongan muda ini lebih peka dan bersedia serta tidak kekok apabila menghadapi situasi sebenar di samping mengingatkan mereka kepada hakikat kematian.

   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel