05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Eskatologi Islam Ke-4: Bitcoin Bukan Matawang Sah Dalam Islam

 
eskatologiw2dua

8 Mei 2017M (Isnin) | 11 Sya’ban 1438H – JAWI melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah berjaya menjalankan Kursus Eskatologi Islam (Akhir Zaman) Siri 4/2017 pada 7 Mei 2017 (Ahad) bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Kursus ini merupakan kerjasama strategik antara JAWI dan EWIC (East West International College). Ia dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

 

Kuliah pertama bertemakan Sign of the Times disampaikan oleh ulama’ Islam dan ahli falsafah eskatologi Islam terkemuka dunia, iaitu Al-Fadhil Sheikh Imran N. Hosein, secara langsung daripada Trinidad dan Tobago. Beliau memperuntukkan kuliah untuk sesi soal jawab dari banyak negara, termasuk Malaysia, Bangladesh, India, Afghanistan dan Qatar. Sesi ini difokuskan kepada sistem baru matawang elektronik berasaskan riba. Menurutnya, matawang tanpa nilai instrinsik dalaman seperti Bitcoin bukanlah suatu matawang yang sah dalam Islam. Kuliah tersebut boleh diikuti di sini.

 

Kuliah kedua bertajuk Ihsan: The Spiritual Quest mengundang penampilan khas Al-Fadhil Ustaz Hasbullah Hithayatullah, seorang ulama’ muda eskatologi Islam. Beliau menjelaskan ihsan merupakan salah satu elemen utama dalam hadis Jibril AS, yang kemudiannya lebih dikenali sebagai tasawuf.  Ihsan penting dalam perjalanan manusia di akhir zaman. Kepentingannya turut diabadikan melalui kisah Nabi Musa AS dan Khidhir AS.

 

Siri ini menarik muka baru seramai 40 orang peserta dari dalam dan luar negara. Turut hadir ialah Al-Fadhil Ustaz Nik Muhd Marzuki Hj. Muhd Nor, Penolong Pengarah, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam. Kursus telah berjalan lancar, bermula daripada 8 malam, dan berakhir dengan sesi ramah mesra dan jamuan pada 11 malam.

   


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel