05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam KSSR Guru-Guru SIRAJ JAWI

 ka 1

2 Mei 2017M / 5 Syaaban 1438H (Rabu-Khamis) –Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam KSSR  pada 26-27 April 2017 di Dewan Syarahan, Masjid Saidina Uthman bin Affan, Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur. Kursus ini telah dihadiri oleh seorang Pegawai, seorang Penolong Pegawai, seorang Pembantu Tadbir dan 22 orang guru dari Sekolah Integrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (SIRAJ).

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pegawai dan guru tentang KBAT  bersesuaian dengan kewujudan Sekolah Integrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (SIRAJ). Kursus ini disampaikan oleh Pensyarah-pensyarah dari IPG Ilmu Khas Cheras.

Kursus seperti ini sangat penting dan berterusan pada masa akan datang kerana ianya dapat  memberikan percambahan dan perkongsian ilmu pengetahuan kepada pegawai dan guru-guru bagi melahirkan anak-anak SIRAJ yang berkualiti, cemerlang dan terbilang di dunia dan di akhirat.

 
ka 3  ka 4 
 ka 2  ka 5
 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel