05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Tidak Lupakan Pesakit di HKL

 
ziarahhkl4mei172

5 Mei 2017 | 8 Sya’ban 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Ziarah Dakwah bil Hal melibatkan Wad Orthopedik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 Mei 2017 (Khamis). Seramai tujuh (7) orang pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah terlibat dalam sesi ziarah kali ini diketuai oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Pengurusan Dakwah, Al-Fadhil Ustaz Mohamad Fauzi bin Abu Seman. Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI menerusi Unit Kebajikan Islam komited melaksanakan Ziarah Dakwah bil Hal ini setiap bulan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah bukan sahaja kepada pesakit malahan juga kepada kakitangan yang bertugas di wad-wad hospital.

Rombongan memulakan lawatan pada jam 9.30 pagi di samping turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan berupa tuala, alatan mandian dan bahan bacaan panduan ibadah pesakit di samping memberi khidmat nasihat kepada seramai lebih kurang 26 orang pesakit wanita yang menduduki wad berkenaan. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar aktiviti Ziarah Dakwah bil Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu para pesakit di hospital ini memahami kaedah beribadat yang tepat untuk pesakit di samping turut memberi semangat kepada mereka dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.

ziarahhkl4mei173 ziarahhkl4mei17

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel