05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Tahsin & Tarannum al-Quran Pegawai Bahagian Pengurusan Masjid

TSZ1

4 Mei 2017 / 7 Syaaban 1438H  (Khamis) – Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Latihan telah menganjurkan Kelas Tahsin dan Tarannum al-Quran secara bersiri seperti berikut:

  1. 21 – 22 Mac 2017 (Selasa & Rabu) – Zon 1 bertempat di Masjid al-Imam al-Ghazali, Bandar Manjalara
  2. 28 – 29 Mac 2017 (Selasa & Rabu) – Zon 4 bertempat di Masjid Jami’ul Ehsan, Setapak
  3. 4 – 5 April 2017 (Selasa & Rabu) – Zon 6 bertempat di Masjid ar-Rahman, Lingkungan Budi
  4. 11 – 12 April 2017 (Selasa & Rabu) – Zon 2 bertempat di Masjid Ibnu Abbas, Taman Ibu Kota
  5. 18 – 19 April 2017 (Selasa & Rabu) – Zon 3 bertempat di Masjid Bukit Aman, Bukit Aman
  6. 2 – 3 Mei 2017 (Selasa & Rabu) – Zon 5 bertempat di Masjid al-Muqarrabin, Desa Tun Razak

Kelas ini difokuskan kepada para pegawai JAWI yang bertugas sebagai Imam dan ditempatkan di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai latih tubi. Antara objektif penganjuran kelas ini adalah untuk meningkatkan kemahiran bacaan bertajwid dan bertarannum di kalangan para pegawai JAWI. Antara tenaga pengajar bagi kelas ini ialah Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim (USIM), Ustaz Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah (bekas juara Qari Antarabangsa), Mejar Muhammad Nizam bin Dato’ Haji Tarmizi (KAGAT), Ustaz Hassan al-Fadhli bin Abdul Rahman (JAWI) dan Ustaz Muadzeen bin Ackil.

 

TSZ2 TSZ3
TSZ4 TSZ5
TSZ6 TSZ7a
   
   

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 

 


Cetak   Emel