05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI & UKM ‘Kongsi’ Teknik Solat Dengan Saudara Baru

 
jejakkasihsaudaraku

2 Mei 2017 | 5 Syaaban 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Fakulti Dakwah & Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Program Jejak Kasih Saudaraku (Kem Smart Solat) 29 April 2017 (Sabtu) bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Sentul. Kursus yang bermula jam 8.00 pagi itu telah disertai oleh seramai 53 orang saudara baru dan 30 orang pelajar dari Fakultli Dakwah & Kepimpinan UKM yang bertindak sebagai fasilitator dan menumpukan kepada peningkatan kualiti solat. Antara pengisian kursus ialah slot tahsin al-fatihah, praktikal wudu’ dan amali solat dengan setiap orang saudara baru dilatih oleh 2 orang fasilitator dalam bentuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

YBhg. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI turut hadir menyempurnakan aturcara penutup kursus dan penyampaian cenderahati dengan diiringi oleh YBrs. Ustazah Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah. Kursus berakhir dengan makan tengah hari pada jam 12.30 tengah hari. JAWI berharap lebih banyak pihak terutamanya institusi-institusi pendidikan sertai badan-badan NGO dan bukan NGO mencontohi Fakulti Dakwah & Kepimpinan UKM untuk tampil mewujudkan program dua hala seumpama ini bagi memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dakwah.

 

jejakkasihsaudaraku1 jejakkasihsaudaraku6
 jejakkasihsaudaraku8  jejakkasihsaudaraku9

 jejakkasihsaudaraku13

 jejakkasihsaudaraku19

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel