05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Ajak Kakitangan UKM & PPUKM Ingat Mati

 
jenukmapril17

2 Mei 2017 | 5 Syaaban 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Pusat Islam UKM & Masjid UKM pada 26 & 27 April 2017 (Rabu & Khamis). Kursus telah dilaksanakan selama 2 hari dengan hari Rabu khusus untuk pengurusan jenazah lelaki manakala pengurusan jenazah wanita pada hari Khamis. Kursus telah berjaya menarik kehadiran seramai 120 orang peserta terdiri daripada kakitangan UKM dan PPUKM. Kursus yang bermula dari jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 4.30 petang telah dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Rosly bin Omar, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah dan Ustazah Ruzeeta binti Saad, Pembantu Hal Ehwal Islam Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan dibantu oleh Ustaz Mohammad Fauzi bin Abu Seman, Ustaz Muhammad Shafiq bin Mohd Zaropi, Ustazah Norhalimi binti Che Pi dan Ustazah Raisah binti Abu Bakar selaku fasilitator kursus.

Kursus jenazah yang dijalankan bermula dengan pembelajaran teori, praktikal pengurusan jenazah dan berakhir dengan kaedah pengurusan pengebumian. Pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar kakitangan serta pelajar-pelajar UKM yang terlibat dapat memanfaatkan dan menyebarkan segala ilmu pengurusan jenazah yang disampaikan sekaligus menimbulkan kesedaran di kalangan mereka sebagai persediaan menghadapi situasi sebenar di saat keluarga dan masyarakat memerlukan. 

jenukmapril175 jenukmapril178
 jenukmapril175  jenukmapril177
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel