05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Eskatologi Islam Ke-3: Riba Penyebab Krisis Ekonomi Global

 
eskatologi3

 

2 Mei 2017M (Selasa) | 5 Syaaban 1438H – JAWI melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah berjaya menjalankan Kursus Eskatologi Islam (Akhir Zaman) Siri 3/2017 pada 30 April 2017 (Ahad) bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Siri kursus yang menjalinkan kerjasama strategik antara JAWI dan EWIC (East West International College) kali ketiga ini menarik muka baru seramai 50 orang peserta dari dalam dan luar negara, termasuk daripada agensi-agensi Kerajaan, NGO, institusi pendidikan, para pendakwah serta orang awam yang berminat.

 

Kursus dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Kuliah pertama disampaikan oleh YBhg. Sheikh Imran N. Hosein, ulama’ Islam dan ahli falsafah eskatologi Islam terkemuka dunia secara langsung daripada Trinidad dan Tobago bertemakan Sign of the Times yang menfokuskan mengenai Isra’ dan Mi’raj. Peristiwa yang bertujuan untuk menunjukkan sebahagian tanda-tanda besar kekuasaan Allah kepada Nabi SAW turut menyentuh aspek penting eskatologi, seperti isu Palestin dan Israel. Kuliah tersebut boleh diikuti di SINI

 

Kuliah kedua bertajukThe Global Economic Crisis(Krisis Ekonomi Global) mengundang penampilan khas YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera dari Z Consulting Group. Beliau seorang pakar dan sarjana ekonomi antarabangsa yang menfokuskan penyelidikan semasanya kepada sistem matawang yang merangkumi dinar emas. Beliau menjelaskan penyebab asas yang membawa kepada krisis ekonomi dunia ialah sistem matawang berasaskan riba. Pembentangan kuliah beliau boleh diikuti di SINI

 

Turut hadir ialah Prof. Dato’ Dr. Abdul Murad Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif EWIC, Ustaz Nik Muhd Marzuki Hj. Muhd Nor, Penolong Pengarah, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam. Kursus telah berjalan lancar, bermula daripada 8 malam, dan berakhir dengan sesi ramah mesra dan jamuan pada 11 malam.

 eskatologi33.png  eskatologi32.png
 eskatologi31.png  eskatologi34.png
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel