05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Ke Arkib Negara Malaysia

28 April 2017 (Jumaat) – Dalam usaha ke arah pendigitalan dokumen Nikah, Cerai dan Ruju’ (NCR), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan lawatan ke Arkib Negara Malaysia yang disertai seramai enam orang pegawai bersama tiga orang kakitangan Cawangan Pentadbiran dan Kewangan, BPPK, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur.

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk melihat dengan lebih dekat mengenai sistem pengurusan pendigitalan dan proses pendigitalan dokumen yang telah digunapakai oleh Arkib Negara Malaysia.

Pada Seksyen Pengurusan Rekod Elektronik para peserta lawatan telah diberi taklimat mengenai “Digital Document Management System 2.0” (DDMS) yang sedang digunapakai di Arkib Negara Malaysia. Sistem ini merupakan medium interaksi di dalam penyampaian maklumat kerja yang disampaikan secara digital kepada semua kakitangan Arkib Negara Malaysia.

Manakala, pada Seksyen Arkib Digital para peserta lawatan telah diberi peluang untuk melihat proses pendigitalan dokumen dengan lebih dekat. Secara umumnya proses pendigitalan dokumen yang mempunyai tiga peringkat utama iaitu proses penyusunan indeks dokumen, proses imbasan (scanning) dokumen dan semakan dokumen (editing physical) yang memerlukan ketelitian yang tinggi dalam pelaksanaannya.

Selain itu, pada Seksyen Pemeliharaan dan Repografi para peserta lawatan telah diberi penerangan dan melihat proses baik pulih dokumen yang telah rosak. Proses pemeliharaan dan repografi yang mengamalkan konsep 2S iaitu “Sabar dan Sayang” ini sangat penting dalam memastikan dokumen yang ingin didigitalkan hendaklah terlebih dahulu dalam kondisi yang baik sebelum proses pendigitalan dokumen dapat dijalankan dengan sempurna.

 

 
   

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel