05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Israk Dan Mikraj Bukti Kebesaran Allah @ Bandar Baru Sentul

IMG 4041

 

27 April 2017 / 30 Rejab 1438H (Khamis) – Sempena hari kebesaran Islam di dalam bulan Rejab, Masjid Amru Ibni al-‘As Bandar Baru Sentul telah mengadakan ceramah khas Israk dan Mikraj 1438H. Ceramah khas ini akan diadakan setiap tahun bagi memperingati peristiwa besar Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab bulan hijriah.

 Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Dr Muhammed Bin Yusof Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya. Program bermula selepas Solat Maghrib dan berakhir pada jam 9 malam. Seramai 300 orang jemaah yang hadir di dalam program ceramah khas ini yang terdiri daripada anak kariah Bandar Baru Sentul.

 Intipati yang ditekankan di dalam isi ceramah adalah berkenaan dengan solat. Perintah solat telah diturunkan oleh Allah SWT terus kepada Nabi Muhammad SAW tanpa perantaraan Malaikat Jibril. Ini membuktikan bahawa solat adalah perintah yang paling utama akan dinilai oleh Allah SWT. Selain itu, peristiwa Israk dan Mikraj adalah bukti kebesaran Allah dan kekuasanNya meliputi seluruh alam.

 


IMG 4029 IMG 4022
   
   
   
   

Foto dan Teks disediakan oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

 

30


Cetak   Emel