05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

CERAMAH PERDANA ISRAK MIKRAJ 1438H/2017M MASJID JAMEK SAAD BIN ABI WAQQAS

IMG 0682


24 April 2017 ( Isnin ) –
Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas , Batu 4, Jalan Gombak Kuala Lumpur telah mengadakan Ceramah Perdana Khas Israk Mikraj bagi tahun  2017M/1438H bertempat di ruang solat utama Masjid Jamek Saad Abi Waqqas.

Ceramah Khas Sempena Israk  Mikraj ini dihadiri ahli Jemaah Masjid dari kalanagan Lelaki dan Perempuan seramai 500 orang yang mana penceramahnya disampaikan oleh Ketua Imam Masjid Syakirin Batu 6 Jalan Gombak, iaitu Ustaz Ahmad Mujahid Bin SallehSani.

Ceramah IsraK Mikraj 1438H ini berlangsung selama satu jam iaitu bermula selepas Solat Maghrib. Banyak pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa Israk dan Mekraj Rasulullah antaranya seperti sifat sabar dan tawakkal patut diikuti, telah dikupas oleh Ketua Imam Masjid Syakirin Selangor dengan jelas dan padat. Ceramah ini berakhir dengan jamuan makan  yang  disediakan oleh pihak masjid kepada Jemaah yang hadir.


IMG 0689 IMG 0685
IMG 0687 IMG 0680
   
   
   

Foto dan Teks disediakan oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

 

30


Cetak   Emel