05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Perhimpunan Bulanan JAWI Labuan kali ke 2/2017

2

6 April 2017 (Khamis) : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan JAWI Labuan bertempat di Dewan Syura, Masjid Jamek An-Nur, WP Labuan. Majlis perhimpunan ini telah dihadiri lebih 220 orang kakitangan JAWI Labuan yang bertugas di pejabat, sekolah dan masjid.  

Acara telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan. Perhimpunan ini adalah bertujuan memupuk semangat cintakan organisasi dalam meningkatkan perkhidmatan JAWI kepada seluruh masyarakat Islam Labuan. Dalam ucapan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan beliau menekankan tentang perlunya prestasi jabatan ditingkatkan sesuai dengan pertambahan sumber manusia yang berlaku di Jabatan Agama Islam W.P Labuan.

Dalam usia kematangan JAWI Labuan, kemantapan dalam penyampaian perkhidmatan adalah kayu ukur kepada Jabatan ini dimata masyarakat Labuan. Semua kakitangan juga perlu melihat pencapaian cawangan masing-masing dan memaksimakan peranan serta melihat kehadapan dan tahu menggunakan peluang yang ada bagi memajukan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam di W.P Labuan.

Acara diakhiri dengan sesi ceramah oleh En. Azmi bin Dahlan, pensyarah Fakulti Kewangan Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) WP Labuan.  

 

 1   3
 4  5
 6  7
 8  DSC 0818
   

Foto dan Teks :

Cawangan Penguatkuasaaan dan Penyelidikan
JAWI Labuan


Cetak   Emel