05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Jengah Pesakit di HCTM Sempena Isra’ Mikraj

 
ziarahppukmtpo4

26 April 2017 | 29 Rejab 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Ziarah Dakwah bil Hal bersempena sambutan Isra’ Mikraj 1438H ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM, PPUKM) pada 25 April 2017. Ziarah kali ini disertai seramai 16 orang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI bermula jam 9.30 pagi dan disambut oleh YBhg. Prof. Dr. Rohaizak Muhammad, Timbalan Pengarah ll, Pusat Islam Kampus Cheras.  

 

Aturcara ziarah pada kali ini telah terlebih dahulu dimulakan dengan sesi Ceramah berkaitan Panduan Ibadah Pesakit kepada kakitangan Wad terlibat (Wad Surgeri 1 dan Wad Surgeri 2) pada jam 8.45 pagi yang disampaikan oleh al-Fadhil Us. Khairil Kuzairi bin Omar, Pegawai Hal Ehwal Islam di Pusat Islam Kampus Cheras. Turut dilangsungkan ialah acara simbolik penyampaian Buku Panduan Ibadah Pesakit kepada para peserta Bengkel TOT Pengurusan Ibadah Pesakit anjuran HCTM sebelum para peserta ziarah dibawa melawat para pesakit di Wad Surgeri 1 dan Wad Surgeri 2 sejumlah 50 orang. Para peserta ziarah turut mengedarkan goodies bag berisi barangan harian untuk kegunaan sepanjang berada di hospital termasuk pamphlet berkaitan panduan ibadah bagi pesakit.

 

Objektif program Ziarah Dakwah bil Hal antara lain bertujuan untuk memberikan bantuan kepada pesakit-pesakit dari aspek fizikal, mental dan kerohanian di samping melaksanakan tuntutan dakwah bil hal dengan menzahirkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa pesakit-pesakit yang terlibat. Rata-rata para pesakit yang diziarahi memberikan maklum balas positif dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan bagi membuktikan kepekaan dan keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang memerlukan.

 

 

ziarahppukmtpo7 ziarahppukmtpo
 ziarahppukmtpo6  ziarahppukmtpo1
 ziarahppukmtpo2  ziarahppukmtpo3

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel