05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Anjur Kursus Eskatologi Siri 2

 
eskatologiw2dua

26 April 2017M (Selasa) | 29 Rejab 1438H – JAWI melalui Cawangan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menjalankan siri kedua Kursus Eskatologi Islam pada 23 April 2017 (Ahad) bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Kursus kerjasama antara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan East West International College (EWIC) kali ini telah berjaya menarik seramai 52 orang peserta terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, agensi NGO dan bukan NGO serta orang awam yang berminat.

 

Untuk siri kali ini peserta sekali lagi ditontonkan dengan slot ceramah bertajuk ‘Ilmu Eskatologi Islam’ yang disampaikan secara lintas langsung (live streaming) terus dari Trinidad & Tobago oleh Sheikh Imran N. Hosein, Ahli Falsafah Eskatologi Islam terkemuka di peringkat antarabangsa diikuti dengan slot ceramah oleh Al-Fadhil Us. Hasbullah Hathayatullah dengan tajuk AL-Quran, Eskatologi dan Tandanya. Kursus telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 11.00 malam.

 

eskatologiw2 eskatologiw2satu
   
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel