05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI & HCTM Turun Padang ke Beranang

 
csrnurhasanah2

26 April 2017 | 29 Rejab 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (HEJIM) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah menganjurkan program khidmat masyarakat bertempat di Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang yang menempatkan hampir 20 orang-orang tua pada 22 April 2017. Program bermula pada jam 9 pagi melibatkan lebih 100 orang pegawai dan kakitangan JAWI, pegawai dan kakitangan HEJIM, HCTM serta pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

Rombongan peserta telah disambut mesra oleh Pengerusi Pusat Jagaan Nur Hasanah, YBrs. Tuan Hj. Mohiadin Bahado bersama-sama kakitangan beliau dan aturcara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Prof. Dr. Sharifah Ezat binti Wan Puteh, Ketua HEJIM HCTM. Upacara Bacaan Yasin dah Tahlil diketuai oleh Al-Fadhil Us. Khairulnizam bin Khadri, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI turut dijalankan bagi menambah keberkatan majlis. Para penghuni PJNH turut diraikan dalam sesi ramah mesra bersama para peserta sebelum acara gotong-royong dimulakan sehingga selesai pada jam 1.00 tengah hari.

 

Antara objektif utama program khidmat masyarakat di PJNH ini diadakan adalah untuk membolehkan JAWI lebih ‘dekat’ dengan masyarakat terutamanya golongan yang sangat memerlukan seperti orang-orang tua yang menghuni PJNH ini sekaligus menjadi platform untuk masyarakat lebih memahami dengan jelas tentang peranan JAWI dalam membantu masyarakat terutamanya yang memerlukan.

 

csrnurhasanah1 csrnurhasanah5
csrnurhasanah  csrnurhasanah4
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel