05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Menjejak Mantan Pengarah JAWI (2003-2005)

 
jp19april6

25 April 2017 | 28 Rejab 1438H (Selasa) – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam telah berkunjung ke rumah YBrs. Tuan Haji Ramle bin Endut iaitu mantan pengarah JAWI yang bertempat di Cheras. Sebagai makluman, beliau merupakan mantan Pengarah JAWI yang ke-8 yang menabur bakti dengan penuh dedikasi selama hampir 3 tahun. Program dua hari bermula 19 April 2017 ini turut berkesempatan menziarahi Al-Fadhil Ustaz Abdul Nasir Bin Ahmad dan Ustazah Siti Aishah Binti Hashim.

Seramai lebih 40 orang pegawai dan kakitangan JAWI dari pelbagai bahagian telah turut serta dalam program ziarah Jejak Pesara yang diadakan sebanyak 3 siri serentak kali ini. Ziarah Jejak Pesara ke rumah YBrs. Tuan Haji Ramle Bin Endut telah diketuai oleh YBrs. Tuan Hj. Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, diiringi oleh Ustazah Sharidah binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah,dan Ustazah Hasyidah binti Mohd Noor, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kebajikan Islam. Manakala dua lagi siri Ziarah Pesara menjejak ke rumah Al-Fadhil Us.  Abdul Nasir Bin Ahmad dan Ustazah Siti Aishah Binti Hashim diketuai oleh Al-Fadhil Us. Dr. Mohamad Zain bin Dolah, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah.

Program Jejak Pesara JAWI ini adalah merupakan program yang diinisiatifkan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam bertujuan untuk menjejaki serta mengambil cakna keadaan dan perkembangan terkini penjawat awam di JAWI yang telah menamatkan perkhidmatan masing-masing di JAWI. Di samping merapatkan lagi ukhuwah antara Jabatan dengan pesara, program ini juga dapat dilihat sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial jabatan dalam menyantuni golongan pesara yang pernah menabur bakti di JAWI.

 

jp19april1 jp19april2
jp19april4  jp20april
 jp2  jp20april1

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel