05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Gema Tasbih Di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju

Gema 2017-04-13 09.34.44 600x450

 

13 April 2017/16 Rejab 1438 (Khamis) – Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju dengan penglibatan Biro Muslimat telah berjaya menganjurkan program Solat Tasbih dan Kuliah Dhuha Perdana pada 13 April 2017. Program julung kalinya pada tahun ini telah dibimbing oleh YBhg. Ustaz Mohd Rozie Rejab, Pendakwah Bebas. Program dimulai dengan Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Tasbih dan diakhiri dengan kuliah dhuha. Program pagi Khamis ini telah disertai lebih 100 orang ahli kariah setempat.

  

Antara intipati kuliah adalah berkisar berkaitan kelebihan bulan Rejab dan kelebihan memperbaiki bacaan Al-Quran juga persediaan menjelang Ramadhan. Selain itu juga, bacaan doa akhir yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Rozie sangat menyentuh hati dan member kesan kepada para jemaah yang hadir.

  

Semoga program pengimarahan sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan khususnya dalam usaha memberi manfaat pada ahli kariah setempat.

  

Gema 2017-04-13 09.34.51 600x450 Gema 2017-04-13 09.47.48 600x450
Gema 2017-04-13 09.47.51 600x450 Gema 2017-04-13 09.47.58 600x450

 


Cetak   Emel