05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Penyampaian Mock Cheque Bantuan Peruntukan Kepada Pondok Berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat Dan Institusi Tahfiz Berdaftar Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

01 Pondok

25 April 2017 (Selasa)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI telah diberikan penghormatan untuk menerima mock cheque daripada YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak; Perdana Menteri bagi bantuan peruntukan kepada pondok berdaftar, sekolah menengah agama rakyat dan institusi tahfiz berdatfar. Majlis penyerahan mock cheque tersebut telah diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya dan turut dihadiri YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Ketua Pengarah JAKIM, Pengarah-pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, pengetua dan wakil pondok, maahad tahfiz serta sekolah menengah agama rakyat dari seluruh negeri.

Pada majlis tersebut, YAB Perdana Menteri menjelaskan bahawa peruntukan RM50 juta diagihkan kepada sekolah pondok berdaftar dan sekolah menengah agama rakyat bagi tujuan penambahbaikan dan penyelenggaraan. Manakala RM30 juta disalurkan kepada penyelarasan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN). Peruntukan tersebut memberikan manfaat kepada 129 sekolah pondok, 99 sekolah menengah agama rakyat dan 591 institusi tahfiz berdaftar di seluruh negara.

01 Pondok 02 Pondok
03 Pondok 04 Pondok

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel