05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Sumbang Tenaga Jayakan Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat Dan Solat Hajat Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV

 
pertabalan1

 

20 April 2017 | 23 Rejab 1438H– Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah turut sama memberi sumbangan dalam menjayakan Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV bertempat di Masjid Putra, Putrajaya pada 20 April 2017 (Khamis). Tugasan selaku Jawatankuasa Jemputan Khas yang diamanahkan telah berjaya digalas dengan baik bermula dengan sambutan rombongan tersebut di pekarangan pintu masuk Masjid Putra disusuli dengan sesi pengagihan makanan dan seterusnya membawa rombongan ke Dewan Solat Utama bagi menjayakan majlis ini.

 

Sebanyak 10 buah bas telah digunakan bagi membawa rombongan seramai 400 orang yang terdiri daripada 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja, Pusrawi International College of Medical and Sciences (PICOMS), Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM), Akademi Darul Uloom Islamiah, Pondok Moden Al-‘Abaqirah, Institut Professional Baitulmal (IPB) Kampus Putrajaya, Maahad Tahfiz Darul Furqan, Surau Al-Fallah Presint 9 Putrajaya serta Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia.

 

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada jam 7.30 malam itu disambut Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut berangkat Pemangku Sultan Kelantan YAM Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra.

Majlis sejurus solat Maghrib itu dimulai dengan solat hajat, diikuti bacaan Yasin dan doa selamat dengan dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara YBhg. Tan Sri Syaikh Haji Ismail bin Muhammad.

Antara kenamaan lain yang turut menyertai majlis itu ialah YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan, YB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM dan Imam Besar Masjid Putra YBhg. Datuk Abd Manaf bin Mat.

Majlis ini yang diadakan lima tahun sekali telah menyaksikan kira-kira 2,000 umat Islam turut serta menghadiri majlis tersebut. Majlis bersurai pada jam 10.30 malam.

 

 

 

 

pertabalan2 pertabalan3
 pertabalan4  pertabalan5
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel