05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Memadam Fitnah Fanaticism, Extremism & Terrorism.

Memadam

23 April 2017M/26 Rejab 1438H (Ahad) – Adalah penting untuk memulakan kajian eskatologi Islam (ilmu akhir zaman) terlebih dahulu dengan menerima sepenuhnya al-Quran sebagai kalamullah, tidak mengabaikannya apatah lagi tidak menghormatinya dalam menuntut ilmu. Hanya setelah membaca al-Quran secara berulangan dan mendapat keseluruhan makna al-Quran berhubung eskatologi Islam barulah dirujuk kepada hadis nabawi pada had ia berharmoni dan tidak bertentangan dengan keseluruhan makna al-Quran.

 

Demikian secara umumnya metodologi asas mempelajari al-Quran dalam mengungkap ilmu dan realiti kehidupan manusia menurut Ustaz Hasbullah Hithayatullah, pengkuliah slot kedua dalam Kursus Eskatologi Islam Siri 2/2017 di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam pada hari ini. Terdahulu kursus membawa peserta untuk bersama Sheikh Imran N. Hosein, tokoh ilmuan antarabangsa sebagai pengkuliah utama. Kuliah penuh Sheikh Imran N. Hosein untuk siri kedua ini boleh ditonton semula di:

https://www.youtube.com/watch?list=UUPLAYER_SheikhImranHosein&v=JZIdfdIhoLI

 

Kursus Eskatologi Islam yang pertama seumpamanya dijalankan di Wilayah Persekutuan, di Malaysia, dan barangkali juga di dunia ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan East West International College (EWIC). Eskatologi Islam perlu difahami dalam dunia realiti semasa, bukan sahaja sebagai suatu penyelesaian makro dan mikro, bahkan ia sewajarnya dapat memadam fitnah fanaticism, extremism & terrorism yang dihadapi oleh dunia hari ini. Kursus dijalankan dalam dua bahasa, iaitu Melayu dan Inggeris. Peserta berpeluang untuk bertanya dalam bahasa pilihannya sebelum diterjemah untuk mendapat maklum balas daripada pengkuliah.

 

Siri kedua kursus dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Walaupun berhadapan dengan hujan dan hari pelepasan am, ia berjaya mengumpulkan 60 orang peserta daripada dalam dan luar Lembah Kelang. Mereka terdiri daripada agensi-agensi, sekolah-sekolah, universiti-universiti tempatan dan termasuk peserta luar negara, iaitu dari Pasentren Wafa, Jawa Barat, Indonesia dan dari Perancis.

 

Turut hadir ialah Prof. Dato’ Dr. Abdul Murad Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif EWIC, Ustaz Nik Muhd Marzuki Hj. Muhd Nor, Penolong Pengarah, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI yang juga bertindak sebagai pengerusi majlis. Majlis berakhir dengan sesi ramah mesra serta jamuan makan malam.

 

Memadam kei1 Memadam kei2

 

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel