05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sampaikan Dariku Walau Sepotong Ayat

SDWSA1

21 April 2017 (Jumaat) – Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah mengadakan Ceramah Khas Bulanan bertajuk “Sampaikan Dariku Walau Sepotong Ayat” yang disampaikan oleh pendakwah yang berasal daripada Negeri Sabah iaitu Yang Berbahagia Ustaz Haji Nicholas Sylvester@ Muhammad Abdullah. Majlis bertemakan “Malam Negeri Sabah” yang berlangsung selama 3 jam ini, turut dijayakan secara bersama oleh Hidayah Centre Foundation yang merupakan sebuah NGO terkenal dalam usaha dakwah & sokongan terhadap saudara baru Islam di Malaysia.

Pelbagai kaedah dakwah yang terbaik mengikut kesesuaian kelompok masyarakat terutamanya golongan non muslim turut dijelaskan oleh penceramah dengan sempurna disamping perkongsian pengalaman dakwah beliau di seluruh negara terutamanya di negeri Sabah selama ini.

Kehadiran tetamu telah direkodkan hampir 300 orang terdiri daripada VVIP serta orang awam. Kesemuanya masing-masing melahirkan rasa gembira dan sangat berpuas hati dengan intipati-intipati penting ceramah khas yang telah dijayakan dengan sempurna. Majlis diakhiri dengan kemeriahan jamuan makan malam bermenukan makanan tradisi negeri Sabah antaranya seperti Ambuyat, Hinava dan Daging Kerbau Masak Hitam.

 

SDWSA2 SDWSA3
SDWSA4 SDWSA5
SDWSA6 SDWSA7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Saidina Umar Al-Khattab
Masjid Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel