05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Tidak Lupakan Pesakit di HKL

 
orto3

19 April 2017 | 22 Rejab 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menjalan program Ziarah Dakwah bil Hal berkala kali ini melibatkan Wad 5 (Ortopedik), Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 April 2017. Seramai 7 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah terlibat dalam sesi ziarah kali ini diketuai oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Pengurusan Dakwah, Al-Fadhil Ustaz Mohd Sharif bin Khairul Anuar. Ziarah Dakwah bil Hal yang dijalankan secara berkala setiap bulan ini bukan saja bertujuan untuk mendekati pesakit dan memberikan kata-kata perangsang malahan dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara JAWI dengan HKL.

 

 Aktiviti ziarah yang bermula pada jam 10.00 pagi sempat menjengah seramai 35 orang pesakit di wad berkenaan yang turut menerima sumbangan berupa barangan harian dan bahan bacaan panduan ibadah pesakit di samping turut diberi khidmat nasihat oleh kakitangan JAWI yang terlibat. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar aktiviti Ziarah Dakwah bil Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu para pesakit di hospital ini memahami kaedah beribadat yang betul bagi pesakit di samping memberi semangat kepada mereka dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.

 

orto4 orto2
   
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel