05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Undang Ilmuwan Antarabangsa Melalui Kursus Eskatologi Islam Pertama Seumpamanya di Malaysia

 
eskatologi1

18 April 2017M (Ahad) | 21 Rejab 1438H -  Buat julung-julung kalinya Kursus Eskatologi Islam dijalankan secara berkala dan tersusun di Wilayah Persekutuan dan juga yang pertama seumpamanya di Malaysia. Kerjasama strategik antara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan East West International College (EWIC) dikonkritkan melalui kursus in yang akan dijalankan sebanyak 14 siri bermula pada 16 April 2017 (Ahad) sehingga 27 Ogos 2017 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

 

Kursus ini membawa semangat mewujudkan suasana harmoni di antara warga kota yang berbilang kaum, agama dan rencam budaya agar saling memahami dan bertoleransi dalam kehidupan bersama seharian. Di akhir kursus, adalah diharapkan para peserta dapat memahami eskatologi dari perspektif Islam dalam dunia realiti dengan menganalisa penyelasaian makro dan mikro yang turut dapat memadam ideologi fanatik, ekstrem dan ganas daripada eskatologi Islam itu sendiri.

 

Kursus seumpama ini wajar diadakan bagi menghilang dan menghapuskan sindrom ketakutan terhadap Islam atau kata ringkasnya Islamophobia yang semakin rancak dicanang dan disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk ummah Islam sendiri yang tersilap memahami eskatologi Islam sehingga tertipu dengan contohnya Bendera-bendera Hitam palsu, Imam-imam palsu, Nabi Isa palsu dan seribu satu lagi kepalsuan.

 

Kursus ini membariskan gabungan mufti, ulama’ dan cendekiawan Islam antaranya penceramah utama, Sheikh Imran Nazar Hosein serta penampilan khas Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Sheikh Habib Ali Zainal Abidin al Hamid, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahameed Kameel Mydin Meera dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hj. A. Murad Ahmad. Siri pertama kursus ini dimulakan dengan slot ceramah bertajuk ‘Ilmu Estakologi Islam’ yang julung-julung kalinya disampaikan secara lintas langsung (live streaming) terus dari Trinidad & Tobago oleh Sheikh Imran N. Hosein, Ahli Falsafah Eskatologi Islam terkemuka di peringkat antarabangsa. Ceramah tersebut boleh ditonton semula di

 

https://www.youtube.com/watch?list=UUPLAYER_SheikhImranHosein&v=XGalzRWloWo)

 

Kursus yang dihadiri oleh seramai 80 orang peserta ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi (TPO), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Hj. Yaakob bin Abdul Rahim pada jam 9.00 malam. Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. A. Murad Ahmad, CEO EWIC yang menyampaikan kata-kata aluan dan sesi pengenalan serta YBrs. Tuan Hj. Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan,  Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Majlis berakhir dengan sesi ramah mesra dan bergambar dan disudahi dengan jamuan makan malam.

 

eskatologi3 eskatologi2

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel