05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Meriah Di Jom Subuh Bagi Penuh 8 Series Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam

JSBP1

15 APRIL 2017 | 28 REJAB 1438H (Sabtu) – Kemeriahan waktu subuh dirasai oleh lebih 400 orang ahli jemaah di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam dalam Slot Salam Khadijiah yang menampilkan PU Razi dan Ustaz Fauzi Mustaffa bagi Forum yang bertajuk #rumahtangga : “Pah!!! Butang Baju Aku Mana Daa?”. Program Jom Subuh Bagi Penuh 8 Series yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Shahril Abd Samat (Naqib Masjid) ini yang merupakan siri kedua bagi tahun 2017 yang diadakan di Masjid ini sebagai satu galakan pengimarahan Masjid oleh masyarakat setempat khasnya selain mengeratkan ukhwah sesama masyarakat yang bermastautin di Kg.Pantai Dalam. Sepanjang pemerhatian, program Jom Subuh Bagi Penuh Ini telah mempunyai pengikutnya yang tersendiri sekaligus mencetuskan satu fenomena di Pantai Dalam ini.

Jom Subuh Bagi Penuh 8 Series tidak hanya dihadiri oleh masyarakat awam sekitar, terdapat juga pelajar dan guru yang turut bersama-sama hadirkan diri memenuhi ruang-ruang di majlis ilmu ini. Antara yang terlibat ialah Kolej Vokasional Kajang dan Kolej Vokasional Sg. Buloh. Masing-masing telah menghantar wakil pelajar sebanyak 40 orang dari setiap kolej.

Program ini ternyata berbekas di hati para Jemaah dan diharap untuk terus diadakan lagi pada masa akan datang. Para jemaah turut melahirkan rasa syukur kerana sepanjang program ini diadakan banyak ilmu dan perkongsian yang manfaat dapat diambil sebagai pedoman dalam kehidupan seharian ini. Begitu juga para panelis yang menyokong penuh program ini. Tetamu yang hadir berpeluang bersarapan bersama panelis dengan hidangan istimewa nasi lemak panas khas kepada jemaah yang disayangi. Sejurus selepas sarapan, para Jemaah dan pelajar-pelajar kolej telah berganding bahu dalam kerja-kerja gotong royong masjid dan kabin. Sesi gotong-royong berakhir pada jam 12 tengah hari dan makan tengah hari. 

JSBP2 JSBP3
JSBP4 JSBP5
   
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Jamek Al-Khadijiah
Pantai Dalam, Kuala Lumpur
Masjid Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 

 


Cetak   Emel