05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel #7 Ayat Power Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam

B7AP1

14 APRIL 2017 | 27 REJAB 1438H (Jumaat) – Bengkel #7 Ayat Power adalah merupakan satu bengkel yang merungkai pelbagai kesalahan dan cara-cara yang betul dalam membaca surah Al-Fatihah. Bengkel yang julung-julung kali di adakan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana ianya diadakan secara percuma. Seramai 70 orang peserta telah menghadiri bengkel ini tidak mengira usia.

Bengkel ini telah diadakan bermula jam 9.00 malam yang diketuai oleh Ustaz Mohd Firdaus bin Mohamad Nasir selaku Imam Ratib 3 di Masjid Jamek Al-Khadijiah bersama-sama dengan 3 fasilitator. Bengkel dimulakan dengan sedikit taklimat ringkas, seterusnya peserta di bahagikan kepada 4 kumpulan bagi sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Dalam sesi LDK, fasilitator telah membuat penekanan kepada kesalahan-kesalahan biasa yang sering dilakukan di dalam bacaan surah tersebut. Walaubagaimanapun, para peserta di uji secara one to one agar kesalahan-kesalahan tersebut dapat di kesan dan diperbaiki.

Bengkel #7 Ayat Power ini telah berakhir pada jam 11.00 malam dan para peserta sangat berpuas hati dengan ilmu-ilmu yang dicurahkan oleh fasilitator. Peserta juga turut memberi pandangan kepada pihak penganjur agar bengkel seperti ini dapat di teruskan kerana banyak ilmu yang bermanfaat dapat di ambil dalam memperbaiki lagi mutu bacaan.

 

 

B7AP2 B7AP3
B7AP4 B7AP5
   
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Jamek Al-Khadijiah
Pantai Dalam, Kuala Lumpur
Masjid Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 


Cetak   Emel