05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Temasya Sukan Kali Pertama SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas

aia 1 
 

17 April 2017 / 20 Rejab 1438 H- Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi Abdullah Ibnu Abbas (SIRAJ AIA) telah mengadakan hari sukan buat julung kalinya pada hari Sabtu 15 April 2017. Acara ini disertai oleh semua murid Tahun Satu SIRAJ AIA dan semua guru.

Sukan ini bertujuan menyerlahkan bakat dan kemahiran murid-murid dan mengerat hubungan ibu bapa dan guru SIRAJ AIA. Murid-murid telah dibahagikan kepada empat buah rumah sukan iaitu Rumah Merah(Hanafi), Rumah Kuning(Syafie), Rumah Biru(Maliki) dan Rumah Hijau (Hambali).

Acara dimulakan  jam 8.00 pagi dengan perbarisan rumah sukan pelbagai  kreativiti yang telah dipamerkan seperti kostum, sepanduk, bendera, bunga manggar dan juga persembahan sorakan semangat setiap pasukan.

Temasya sukan  ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran JAWI, Ustazah Khadijah binti Abdul Rahman. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Penolong Pegawai Bahagian Pelajaran, Ustazah Naziah binti Mohamad dan Pegawai Penyelaras Pendidikan Zon 6 Ustazah Umai Khalsom binti Ismail selaku hakim acara perbarisan terbaik dan rumah sukan terbaik.

Acara-acara yang dipertandingkan seperti acara meleret bola, membina menara, larian berirama, lari berpasangan, tiupan kasih, isian sayang, tiup belon dan balingan kasih. Setiap  peserta sangat gembira dan memberikan sepenuh usaha dalam persaingan ini dengan  sokongan ibubapa masing-masing.

Kemuncak acara adalah pengumuman johan keseluruhan, perbarisan terbaik dan rumah sukan terbaik. Pada tahun ini, rumah merah telah menggungguli acara dengan meraih anugerah johan keseluruhan dan rumah sukan terbaik. Manakala rumah kuning telah mendapat tempat kedua dan menerima anugerah perbarisan terbaik. Tempat ketiga adalah milik rumah biru dan tempat keempat adalah milik rumah hijau.

aia 2  aia 4 
 aia 5  aia 6
 aia 7  aia 3
 

Disediakan Oleh;

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel