05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

OKU MAB Kembara ke Sidratul Muntaha

 
ushalimkemab

 

17 April 2017 | 20 Rejab 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Hadhari & Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Malaysian Association For The Blind (MAB) telah menganjurkan program Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam sempena sambutan Isra’ Mikraj bertempat di Kompleks MAB, Brickfields pada 13 April 2017 (Khamis). Sesi ceramah dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan tajuk ‘Kembara ke Sidratul Muntaha’ disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Al-Fadhil Tuan Hj. Abdul Halim bin Zakaria telah berjaya menarik minat hampir 60 orang peserta dari kalangan OKU Cacat Penglihatan yang hadir dari sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar program ceramah berkala ini akan dapat memberi manfaat kepada para peserta terlibat di samping menguatkan lagi hubungan kerjasama antara JAWI dengan MAB.

 

 

ushalimkemab2ushalimkemab1

 

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel