05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2017

Mahrajan2017 IMG 7483

14 April 2017 (Jumaat)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekali lagi telah menganjurkan acara tahunan Program Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2017 bertempat di Dewan Seminar, Kompleks Darul Hidayah, Jalan Sentul Pasar, Sentul, Kuala Lumpur selama dua hari bermula pada 13 April 2017 (Khamis).

Program ini diadakan bagi menilai penguasaan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mualaf melalui acara-acara yang dipertandingkan di samping memupuk budaya dan minat mualaf terhadap ilmu pengetahuan dalam usaha melahirkan modal insan yang terbaik.

Selain itu, program ini turut mewujudkan individu dan komuniti mualaf yang berkualiti serta berupaya menghayati ajaran Islam sepenuhnya malah mengeratkan persaudaraan antara mualaf yang terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum.

Terdapat tiga kategori acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran (Lelaki dan Wanita), Hafazan Al-Quran (Lelaki dan Wanita) dan Pengucapan Awam (Lelaki dan Wanita). Senarai para pemenang adalah seperti berikut:

Acara Tilawah Al-Quran (Kategori Lelaki)

Johan : Mohd Abu Bakar Bin Abdullah (JAWI KL) 65%

Naib Johan : Muhammad Irfan Bin Valaitham (PERKIM) 54%

Ke-3 : Muhammad Jamal Bin Siwai (JAWI LABUAN) 41%

Acara Tilawah Al-Quran (Kategori Wanita)

Johan : Dhariney Yasmin Bin Abdullah (PERKIM) 58%

Naib Johan : Nur Shuhada Bin Abdullah Sius (JAWI LABUAN) 57%

Ke-3 : Ainul Mardhiah Binti Eric (JAWI KL) 42%

Acara Hafazan (Kategori Lelaki)

Johan : Muhammad Lian Bin Abdullah 95%

Naib Johan : Muhammad Zill Qayyim Bin Abdullah (AMCC) 75%

Ke-3 : Muhammad Bin Abdullah (JAWI KL) 65%

Acara Hafazan (Kategori Wanita)

Johan : Nur Shameena Zahra Binti Abdullah (JAWI LABUAN) 85%

Naib Johan : Haslinda Binti Bar (PERKIM) 82%

Ke-3 : Nur Aisyah Irdina Binti Alagappan (JAWI KL) 67%

Acara Pengucapan Awam (Kategori Lelaki)

Johan : Ahmad Danniel Al-Hafiz Bin Aduka (JAWI KL) 94%

Naib Johan : Jeremy Chong Tien Shing (JAWI LABUAN) 79%

Ke-3 : Cheong Chee Meng (AMCC) 60%

Acara Pengucapan Awam (Kategori Wanita)

Johan : Nurul Alya Qistina Binti Langok 93%

Naib Johan : Masturina Maryam Wong Binti Faizal (AMCC) 88%

Ke-3 : Wardah Zulaikha Ng Lai Yan Binti Abdullah (JAWI KL) 75%

Majlis yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz Bin Jusoh, Pengarah JAWI ini turut diserikan lagi dengan talk show oleh Bro. Shah Kirit Kalkulal Govindji, Pengerusi Unity Global Network merangkap Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta persembahan oleh Johan bagi Acara Terbaik Pengucapan Awam Kategori Lelaki.

Mahrajan2017 IMG 7398 Mahrajan2017 IMG 7438
Mahrajan2017 IMG 7442 Mahrajan2017 IMG 7454
Mahrajan2017 IMG 7466 Mahrajan2017 IMG 7500
Mahrajan2017 IMG 7512 Mahrajan2017 IMG 7536
Mahrajan2017 IMG 7564 Mahrajan2017 IMG 7572

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel