05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Komited Sebar Dakwah Islam Kepada OKU

kunjunganprisma1

13 April 2017 | 16 Rejab 1438H (Khamis) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima kunjungan hormat dari delegasi Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) ke Pejabat Pengarah JAWI pada 13 April 2017 bertujuan untuk membincangkan permasalahan kefahaman ilmu agama di kalangan orang pekak Islam di Malaysia.

Melalui kunjungan hormat ini, PRISMA telah mengutarakan beberapa isu antaranya masalah kekurangan guru agama yang mahir berbahasa isyarat, kesedaran ilmu agama dalam kalangan orang pekak, pendidikan al-Quran untuk golongan pekak, cadangan buku bahasa isyarat Islamik dan beberapa isu lain.

Kunjungan hormat ini telah dihadiri oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI, Encik Marzuki Ong Maliki Ong, Yang Di Pertua PRISMA, Encik Mohd Azhar Ismail, Timbalan yang Dipertua PRISMA, Puan Nor Zalma Zakaria, Setiausaha PRISMA, Cikgu Syar Meeze Mohd. Rashid, Jurubahasa Isyarat Dakwah merangkap Pengurus (Latihan dan Konsultasi) di Yayasan Faqeh. Turut hadir Ustaz Haji Abdul Halim bin Zakaria, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI serta beberapa delegasi PRISMA yang lain.

Melalui pertemuan ini, diharapkan dapat memberi sinar dan harapan kepada golongan orang pekak dalam mendalami Islam sekaligus membuktikan JAWI komited dalam menyampaikan dakwah kepada umat Islam tanpa meminggirkan golongan kelainan upaya.

 kunjunganprisma2kunjunganprisma5  
kunjunganprisma6kunjunganprisma7

 

 

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 

Cetak   Emel