05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Penyediaan Sukatan Kurikulum Hadis Tahun 3 Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 hadis 3 2
 

28-30 Mac 2017 / 29 Jamadilakhir – 2 Rejab 1438H. Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Bengkel Penyediaan sukatan Hadis Tahun 3  selama 3 hari  bertempat di di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Aras 7, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Panel semakan hadis yang dijemput bersama dalam bengkel ini  ialah Encik Mohd  Khafidz bin Soroni Pensyarah daripada Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah Fakulti Pengajian Peradaban Islam (KUIS).

Bengkel ini  bertujuan untuk  menyemak dan meneliti kesahihan hadis-hadis  yang dipilih serta kesesuaian cadangan kandungan objektif yang disediakan. Keseluruhan hadis ini dipilih daripada riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang sangat bersesuaian dengan tahap kognitif murid tahun 3 dan  akan dijadikan Sukatan Buku Teks Hadis untuk kegunaan  Sekolah Islam Rendah Agama JAWI ( SIRAJ ) dan Sekolah Rendah Agama(SRA) di Wilayah Persekutuan. Sebanyak 6 Hadis telah dipilih untuk dijadikan sebagai isi pelajaran Hadis Tahun 3.

 hadis 3 1 hadis 3 3 
 hadis 3 4  hadis 3 5
 

Disediakan Oleh;

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel