05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Temasya Sukan Sekolah Integrasi Rendah Agama (Siraj) Abu Zhar Al-Ghifari

 zhar 4
 

3 April 2017 bersamaan 6 Rejab 1438 H-Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi Abu Dzar Al-Ghifari telah mengadakan temasya sukan kali pertama pada 1 April 2017 dengan penuh meriah dan menceriakan.

Program tersebut dihadiri  hadirin di kalangan ibu bapa murid Siraj dan juga komuniti setempat, bekas guru dan murid sekolah tersebut. Termasya sukan itu diserikan dengan kehadiran, Puan Hajjah Khatijah Abd Rahman selaku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran telah berkenan merasmikan temasya tersebut yang bermula seawal 8 pagi.

Para peserta sukan terdiri dari 96 orang murid tahun 1 dan terdapat 4 rumah sukan yang menghiasi suasana ceria temasya tersebut iaitu Abu Bakar (Merah), Umar (Biru), Usman (Hijau) dan Ali (Kuning). Temasya tersebut dimulai dengan acara perbarisan dan persembahan kreatif peserta yang mendapat perhatian semua hadirin. Selain acara sukaneka tahun 1 yang berlangsung di Dataran Sekolah, penonton dihiburkan dengan acara sukan ibu bapa dan guru.

Selain itu juga terdapat pelbagai jualan gerai yang bertapak di padang dan pelbagai hadiah cabutan bertuah disediakan oleh pihak sekolah. Temasya tersebut berakhir dengan penyampaian medal kejohanan, hadiah sukan acara ibu bapa dan hadiah utama kejohanan. Rumah Biru merangkul Juara Keseluruhan dan Perbarisan Terbaik manakala Rumah Kuning menerima anugerah Rumah Sukan Paling Kreatif. 

 zhar 5 zhar 6 
 zhar 2  zhar 3
 zhar 8  zhar 1
 

Disediakan Oleh;

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel