05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pemantapan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial Dan Komuniti (PKKSK) Peringkat Wilayah Persekutuan

1
 11-13 April 2017M (Selasa-Khamis) -  Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga di Bawah Cawangan Pembangunan Keluarga Islam (PKI) dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jakim telah menganjurkan Kursus Pemantapan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Bilik Muslim, Blok Akademik B, Institut Latihan Islam malaysia (ILIM), Bangi.

 

Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini telah memberi pendedahan kepada Fasilitator PKKSK, JAWI mengenai kaunseling Syarie, ‘ilaj syarie dan isu-isu sosial semasa serta kemahiran temu seru. Selain itu, ia dapat menigkatkan perkongsian maklumat dan pengalaman serta hubungan silaturrahim sesama fasilitator PKKSK dan juga dapat memantapkan profesionalisme fasilitator PKKSK dari aspek ilmu, kemahiran dan keterampilan dalam melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

 

Pada hari pertama kursus dimulakan dengan slot 1 dan 2 oleh Dr. Md. Noor bin Saper yang bertajuk Pengenalan Kaunseling Syarie dan Kemahiran Kaunseling Syarie. Seterusnya pada hari kedua disambung dengan slot 3 dan 4 oleh Ustaz Abdul Halim Zakaria dengan tajuk Asas Pengenalan Konsep ‘Ilaj dan Syifa’ Dalam Islam dan ‘Ijaj Syarie.Sementarapada sesi petang, slot 5 oleh Encik Mohamad Raffie bin Jaafar dengan tajuk Isu Sosial Semasa : Kecelaruan Gender (LGBT) dan Kemahiran Temu Seru danpada hari terakhir kursus slot 6 dan 7 oleh Dr. Nurul Aida binti Salleh dan Ustaz Hanafiah bin Ab Malek dengan tajuk Isu Sosial Semasa : HIV/AIDSdan Remaja dan Dadah & Kemahiran Temu Seru.

 

Kursus ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi (TPO), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Hj Yaakob bin Abdul Rahim pada jam 12.30 tengah hari. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengah hari.

 2 3
 4  5
 6  7

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel