05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN (SIRAJ SUBA) KALI KE-2 2017

 sub 4
 

10 April 2017 / 13 Rejab 1438 H Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi Saidina Uthman Bin Affan (SIRAJ SUBA) telah mengadakan temasya sukan tahunan kali ke -2 2017 pada hari Sabtu 10 April 2017  . Sukan tahunan tersebut telah bermula seawal 7 pagi sehingga 1 tengahari. Semua guru SIRAJ SUBA seramai 30 orang termasuk Guru Besar SIRAJ SUBA, Tuan Haji Mohd Aminuddin Bin Haji Katan dan 9 wakil guru dari SRA SUBA telah terlibat dalam sukan tahunan tersebut. Manakala, seramai 345 orang murid telah menyertai setiap acara sukan yang telah diadakan. Sukan tahunan kali ke-2 2017 telah diadakan di Dataran Ilmu, SIRAJ SUBA Bandar Tun Razak.

Tetamu kehormat yang telah diundang untuk merasmikan temasya sukan tahunan SIRAJ SUBA kali ke-2 2017 antaranya ialah Puan Hajjah Khatijah Binti Abdul Rahman selaku Ketua Penolong Pengarah bahagian Pelajaran JAWI, Dato’ Haji Salleh Bin Yusop selaku Pengerusi Masjid merangkap Pengerusi Sekolah dan YM Raja Sarimah Binti Raja Jamaluddin selaku Pengarah MARA Wilayah Persekutuan. Ibu bapa juga dijemput hadir di dalam sukan tahunan tersebut bagi memeriahkan lagi temasya sukan tersebut. Antara objektif sukan tahunan ini dilaksanakan adalah memberi peluang dan pendedahan awal kepada murid-murid ke arah aktiviti berbentuk pertandingan serta mengeratkan hubungan diantara waris dengan guru dan pentadbir sekolah.

Sukan tahunan ini dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merangkap Penyelaras Program sukan tahunan iaitu Encik Hafizuddin bin Zakaria. Penyertaan  sukan yang telah bertanding melibatkan Rumah Biru (Salahuddin Al-Ayubi), Rumah Kuning  (Muhammad Al-Fatih), Rumah Merah (Khalid Al-Walid) dan Rumah Hijau (Salman Al-Farisi). Perarakan pasukan masing-masing yang bertema warna warni mewujudkan suasana sangat meriah.

Terdapat 9 acara yang telah dipertandingkan, 5 acara untuk murid tahun 2 dan 4 acara untuk murid tahun 1. Antara acara murid tahun 2 yang telah dipertandingkan ialah 10x200 meter (lumba lari), pindah gelung getah dan lompat katak,   lari dalam guni dan ambil gula-gula guna menggunakan chopstick. Manakala acara untuk murid tahun 1 pula ialah olahraga 10x100 meter (lumba lari), baling gelung dalam kon, tiup belon sampai pecah dan baling bola dalam bakul. Rumah Biru telah menjuarai secara keseluruhan acara sukan tersebut. Hadiah berupa medal diberikan kepada setiap pemenang setiap satu acara dijalankan.

Temasya sukan tahunan SIRAJ SUBA merupakan aktiviti tahunan sekolah telah dapat dilaksanakan  dengan  kerjasama antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti setempat. Temasya sukan tahunan SIRAJ SUBA kali ke 2 2017 telah bersurai dan tamat pada 1.00 tengahari. 

sub 3  sub 2 
 sub 1  sub 7
 sub 6  sub 5
 

Disediakan Oleh;

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel