05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pemantauan Berkala Pusat Kursus Praperkahwinan Sekitar Kuala Lumpur Siri 5

1

 

 9 April 2017M / 12 Rejab 1438H (Ahad)- Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan pemantauan ke Pusat-pusat Kursus Pra Perkahwinan sekitar Kuala Lumpur.

Tujuan pemantauan ini diadakan adalah bagi memastikan syarikat penganjuran kursus mematuhi peraturan dan garis panduan yang berasaskan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI). Setiap kesalahan dan ketidakpatuhan syarikat penganjuran akan diberikan surat peringatan bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang di masa-masa akan datang.

Pemantauan dari BPPK, JAWI ini diketuai oleh Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan (PPK, BPPK)

Pemantau dari BPPK, JAWI mula bergerak  pada jam 8.00 pagi ke Syarikat Real Trade and Services yang terletak di Masjid At-Taqwa  Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan tiba di lokasi sekitar jam 09.00 pagi. Seterusnya ke Syarikat Rihan Business Network yang terletak Di Kursus Kahwin TTDI, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Kemudian ke Syarikat Baitul Amin Consultancy yang terletak di Dewan Ceramah, Baitul Amin Tingkat 2 Masjid Al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.  Seterusnya ke Syarikat Eksklusif Hebat yang terletak di Bilik Seminar, Masjid Wilayah Persekutuan, Anjung C,Jalan Duta, Kuala Lumpur dan berakhir Pusat Pembangunan Keluarga Islam, Kursus Kahwin Masjid Negara, Bilik Taklimat Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Semoga pertemuan di antara BPPK, JAWI dan syarikat-syarikat kursus pra perkahwinan ini sedikit sebanyakdapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada peserta-peserta kursus kelak.

 2 3
 4  5

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel