05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pemantauan Berkala Pusat Kursus Praperkahwinan Sekitar Kuala Lumpur Siri 4

1
 

6 April 2017M / 9 Rejab 1438H (Khamis)-Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan pemantauan ke Pusat-pusat Kursus Pra Perkahwinan sekitar Kuala Lumpur.

Tujuan pemantauan ini diadakan adalah bagi memastikan syarikat penganjuran kursus mematuhi peraturan dan garis panduan yang berasaskan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI). Setiap kesalahan dan ketidakpatuhan syarikat penganjuran akan diberikan surat peringatan bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang di masa-masa akan datang.

Pemantauan dari  BPPK, JAWI ini diketuai oleh Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan (PPK, BPPK),  dan kakitangan bertugas iaitu Encik Mohd Hairolesham bin Misri dan Encik Wan Zamani bin Wan Deraman.

Pemantau dari BPPK, JAWI mula bergerak pada jam 9.00 pagi ke Syarikat Bestari Mantap yang terletak Mezzanine Floor, Jalan Bangsar Kuala Lumpur dan tiba di lokasi sekitar jam 09.30 pagi. Seterusnya ke Syarikat Wanis Marketing and Services yang terletak di Medan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Kemudian ke Syarikat Keusahawanan dan Pembangunan Insan yang terletak di Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Di ikuti dengan Syarikat MYD Solution yang terletak di Medan Selera Danau Kota, Taman Setapak Indah dan berakhir dengan Syarikat Mahligai Firdaus Sdn. Bhd yang terletak di Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Semoga pertemuan di antara BPPK, JAWI dan syarikat-syarikat kursus pra perkahwinan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada peserta-peserta kursus kelak.

2 3
 4  5

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel