05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Qari Wilayah Persekutuan Johan Tilawah Kebangsaan 1438H/2017M

 

 
mtqk171

10 April 2017 | 12 Rejab 1438H (Isnin) – Qari Wilayah Persekutuan, Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad berjaya dinobatkan sebagai johan Tilawah al-Quran pada Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) 1438H/2017M yang telah diadakan pada 2 hingga 8 April 2017 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Beliau telah berjaya mendapat pungutan markah keseluruhan tertinggi sebanyak 89 peratus sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan haji, piala iringan dan sebuah kenderaan serba guna Proton Exora.

Kemenangan tersebut telah melayakkan beliau untuk mewakili Malaysia dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung pada 15 hingga 20 Mei 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pada waktu yang sama, acara tahunan kebangsaan ini turut mencatat sejarah apabila julung kali Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan dianjurkan secara serentak. Bagi acara menghafaz al-Quran, Wilayah Persekutuan telah berjaya mendapat naib johan bagi kategori 1-10 juzuk lelaki yang diwakili oleh Muhammad Faris Izwan bin Nordin, manakala Putri Nur Hanim binti Bakri telah memperolehi tempat ketiga bagi kategori 1-10 juzuk perempuan.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang kategori lelaki telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, TYT Tun Mohd. Khalil Yaakob manakala kategori wanita disampaikan oleh isterinya, YABhg. Toh Puan Zurina Kassim pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah MTQHK 2017.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, YBhg. Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom. Syabas dan tahniah kepada kontinjen Tilawah dan Hafazan Wilayah Persekutuan. Semoga terus cemerlang pada masa akan datang.

mtqk172 mtqk173
mtqk174 mtqk175
   
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

 


Cetak   Emel