05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Tahun 2017

spbt 1

 

12 April 2017 bersamaan 15 Rejab 1438H-Bahagian Pelajaran telah mengadakan Kursus Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada 10 dan 11 April 2017 di Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ)  Abu Dzar Al- Ghifari, Jalan Jinjang Permai, Taman Beringin, Jinjang Utara 52200 Kuala Lumpur. Kursus ini telah dihadiri seramai 17 orang peserta terdiri daripada pegawai Bahagian Pelajaran, guru penyelaras SPBT dan pentadbir dari 4 buah Sekolah Intergrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ)

Kursus ini telah disampaikan oleh Pn. Siti Aishah Binti Abdul Ghani dari Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru- guru mengenai pengurusan skim pinjaman buku teks (SPBT) dan pengisian pesanan buku teks (SPBT) melalui system e-SPBT.

Kursus ini amat penting kepada guru- guru dan sewajarnya dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang. Ia dapat memberikan pendedahan maklumat terbaru berkaitan dengan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks serta pesanan buku teks bagi tahun yang berikutnya agar pengurusan SPBT lebih cekap dan berkesan di sekolah.

spbt 2   spbt 3
 spbt 4  spbt 5
 

Disediakan Oleh;

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel