05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR MOTIVASI GURU “PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD 21” ANJURAN CAWANGAN PELAJARAN JAWI LABUAN TAHUN 2017

1

04-05 April 2016 (Selasa-Rabu) – Unit Latihan Dan pembangunan Guru Cawangan Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Seminar motivasi guru “Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke 21” bertempat di Dewan Syura Masjid JAMEK An-Nur W.P.Labuan.

 

Sasaran Program ini adalah seramai 100 orang melibatkan Guru - Guru Sekolah Rendah Agama (SRAI) dan Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) serta guru-guru dari Pusat Pengajian Saudara Kita (PPSK)  W.P. Labuan

 

Tujuan utama Program ini dijalankan adalah untuk Meningkatkan kualiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan. Selain itu program ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan guru dengan ilmu pendidikan masa kini yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan pendidikan arus perdana.

 

Penceramah Program ini dijemput khas daripada Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Gaya Kota Kinabalu iaitu seramai 4 orang iaitu Dr.Yusni Binti Mohd Yusof, Ustaz Zulkifli bin Saari, Puan Suzana binti Yazid serta Ustazah Hamidah binti osman.

Antara slot ceramah dalam program ini ialah Pengenalan Pendidikan Abad Ke 21, I-THINK dan Peta Minda, Pembelajaran Koperatif serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KEBAT).

IMG 1751IMG 1744  
IMG 17771IMG 17781  

Foto dan teks oleh:

Seksyen Pelajaran

JAWI Labuan

 


Cetak   Emel