05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Asas Haji, Lambaian Ka’abah Al-Musyarrafah Di Masjid Usamah Bin Zaid

Hj 2017-04-01 11.03.26

1 April 2017 (Sabtu) – Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Asas Haji bagi Tahun 1438H/2017. Kursus yang dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan ini telah dilaksanakan 17 siri bermula 3 Disember 2016. Kursus ini telah dibimbing oleh Tuan Haji Ahmad Rosli Mohd Mokhtar, PEKTA Tabung Haji.

Antara objektif kursus ini dianjurkan adalah bertujuan memberikan ilmu dan pendedahan kepada bakal-bakal haji samada mereka yang sudah menerima tawaran menunaikan ibadah haji tahun semasa atau pada masa hadapan. Kursus yang dianjurkan secara percuma ini merangkumi modul teori dan amali ibadah haji dan umrah di samping taklimat kesihatan dan pengurusan ketika di tanah suci.

Seramai 180 orang peserta Kursus Asas Haji telah berjaya menamatkan kursus mereka hari ini. Majlis penutupan dan penyampaian sijil kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Wan Yusuff Wan Ishak, Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Hj 2017-04-01 10.57.36 Hj 2017-04-01 11.14.57
Hj 2017-04-01 11.17.08 Hj DSC 1358

Foto dan teks oleh:

Pusat Zon 4

 


Cetak   Emel