05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:20
Zohor
16:46
Asar
19:29
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Memasak Kek, Cupcake Dan Dekorasi Anjuran AJK Helwa Masjid Muadz Bin Jabal

Masak IMG-20170411-WA0015

11 April 2017 (Selasa) – AJK HELWA Masjid Muadz Bin Jabal dengan kerjasama Pusat Zon 4 Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kelas Kemahiran Wanita Siri 1 dengan mengadakan kelas memasak kek pada 8 April 2017 bertempat di Anjung Masjid Muadz Bin Jabal.

Kelas memasak kek ini telah disertai oleh muslimat yang berada di sekitar Setiawangsa seramai hampir 90 orang. Kelas ini bermula pada jam 10.00 pagi dengan belajar memasak kek butter, cupcake dan juga dekorasi kek. Selepas selesai memasak kek kelas diteruskan dengan belajar membuat kek brownies.

Semua peserta amat berpuas hati menghadiri kelas ini dan dapat menikmati kesedapan kek yg dimasak. Ucapan penghargaan terima kasih ditujukan kepada guru yang mengajar iaitu cikgu Rasyidah.

Masak IMG-20170411-WA0010 Masak IMG-20170411-WA0011
Masak IMG-20170411-WA0012 Masak IMG-20170411-WA0013

Foto dan teks oleh:

Pusat Zon 4


Cetak   Emel